Aku punya komplen kepada Al-Rajhi Bank..Kalau tak selesai jugak, komplen ke bank negara malaysia
Tarikh : 26 Ogos 2009 / 5 Ramadhan 1430
Rujukan Tuan : xxxxxxxxxxxxxxxxxx
Corporate Office (Complaint Department)
Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad
Ground Floor, East Block,
Wisma Selangor Dredging,
142-B Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tuan,
Akaun Semasa 10×00-10x0xxxxxxxxx
Perkara diatas adalah dirujuk.
Pada Jumaat 14 Ogos 2009 jam 1432 (lampiran 1), pihak saya telah mengdeposit banker’s cheque (J P Morgan) yang membawa numbor siri xxxxx yang bernilai RM13,000.00 (Ringgit Malaysia tiga belas ribu sahaja) di Al-Rajhi Bank cawangan xxxxxxx ke akaun syarikat saya bernombor 10×00-xxxxxxxxx
Prosidur biasa bank untuk cek itu “clear” adalah mengambil masa 3 hari berkerja. Jika prosidur itu benar dan kakitangan berkerja, maka cek yang saya sebut diatas akan “clear” pada Selasa 18 Ogos 2009 .
Maka atas dasar BONAFIDE (tanpa niat buruk bahawa cek saya tidak “clear”, kerana tiada panggilan telefon atau sms atau email yang menyatakan cek saya mempunyai masalah), maka saya mengeluarkan beberapa cek sekitar RM8,500(+-), dan telah didepositkan pada Selasa 18 Ogos 2009 sekitar jam 1500-1600.
Namun, pada Rabu 19 Ogos 2009 sekitar jam 0930 saya menerima panggilan dari Al-Rajhi HQ menyatakan akaun saya tidak mempunyai baki untuk menampung cek yang saya keluarkan pada hari sebelum ini. Saya telah terangkan sepenuhnya kepada pegawai tersebut, namun, beliau nampaknya tidak memahai isu yang saya hadapi.
Beberapa minit kemudian, Cik/Puan xxxxxxx dari Al-Rajhi cawangan xxxxxx menalipon saya mengenai kes yang saya hadapi sekarang yang menyatakan cek yang saya deposit pada Jumaat 14 Ogos 2009 jam 1432 (lampiran 1) yang membawa numbor siri xxxxxxx yang bernilai RM13,000.00 (Ringgit Malaysia tiga belas ribu sahaja) di Al-Rajhi Bank cawangan xxxxxxxxx ke akaun syarikat saya bernombor 10×00-xxxxxxxxxx masih tidak “clear”.
Ini amat memeranjatkan pihak saya kerana, jika cek saya bermasalah, kenapa pihak HQ atau cawangan tidak menghubungi saya pada hari sebelum ini, sedangkan segala maklumat boleh didapati dalam simpanan data bank seperti nombor talipon pejabat, email, mahupun talipon bergerak?
Mengikut kata beliau bahawa cek tersebut tidak mempunyai simbol “&” sedangkan cek-cek sebelum ini, sememangnya tidak mempunyai simbol tersebut dan sebelum ini pun tidak ada masalah untuk cek saya “clear”.(lampiran 2)
Saya terpaksa mencari sekitar RM8,000.00 dalam masa 1 (satu) jam untuk menampung “baki akaun tidak mencukupi” yang dimaksudkan. Saya bukan jutawan, yang mana mempunyai wang puluhan ribu ringgit yang boleh disimpan dalam bonet belakang kereta sahaja.
Apa gunanya usaha saya untuk mencari duit RM8,000.00 yang saya deposit kan dalam masa 1 jam itu tadi, tetapi dalam masa yang sama, pihak Tuan menghantar surat amaran kepada saya? (lampiran 3) Jika begitu, tidak perlulah saya bersusah payah memohon ehsan “ah long” meminjam RM8,000.00 tadi.
Secara jujur, saya tidak tahu dimana hak duit saya ketika ini. Duit itu adalah duit saya yang saya usahakan untuk perniagaan saya, dan saya amat kecewa kerana duit saya itu “tidak clear” pada hari yang sepatutnya saya guna.
Saya tidak ingin menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Cuma saya rasa terkilan yang amat sangat, kenapa kesalahan orang lain, terpaksa saya tanggung. Untum makluman, saya mempunyai xxxxxxxxxx. Saya pernah berkerja di Firma Perakauan dan GLC untuk sekian tahun sebelum saya menceburi bidang perniagaan. Rakan niaga saya terdiri dari Akauantan Bertauliah, Peguam, Jurutera dan sebagainya.
Bukanlah niat saya untuk merasa riak dan takbur dengan kelayakan tersebut, tetapi mesej yang hendak saya sampaikan disini adalah saya amat tahu dan sedar akan akibat dan kesan daripada “baki akaun tidak mencukupi”. Untuk makluman pihak Tuan, saya menjalan beberapa perniagaan, dan saya merupakan antara pemegang amanah untuk menandatangani cek atau apa-apa instrument perniagaan.
Bodohlah saya jika saya sengaja mengeluarkan cek tendang sedangkan saya berurusan hampir setiap hari dengan bank-bank di Malaysia ini. Saya berharap isu ini akan selesai dengan baik, kerana saya sedar manusia sentiasa membuat kesilapan. Tiada yang sempurna.
Saya mempunyai harapan yang cukup tinggi agar kes saya dijadikan kan pengajaran dari pihak Tuan. Saya ingin tegaskan disini bahawa “Kesalahan yang pihak Tuan nyatakan dalam lampiran 3 itu adalah bukan atas kesilapan dari saya”, walaupun pihak Tuan telah pun menjatuh hukum terhadap saya.
Semoga dengan kehadiran Ramadhan Al-Mubarak ini akan memberi sinar kesedaran sesama manusia.
Sekian,
Terima Kasih.
——————————-
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Pengarah Urusan
c.c
xxxxxxxxxxxx
Al-Rajhi Cawangan xxxxxx