Berikut adalah email yang diposkan oleh saya sendiri ke aduanskmm@cmc.gov.my, nccc@nccc.org.my, aduan@cfm.org.my, info@muslimconsumer.org.my.
Salam dan Salam Sejahtera
Saya merupakan pelanggan astro No Akaun : 084940****. Saya melanggan melalui promosi yang digembar-gemburkan sangat bagus untuk pelanggan oleh kakitangan Astro pada tahun lepas semasa promosi di Carrefour Wangsamaju. Menurut kata pegawai khidmat pelanggan, bahawa pakej yang saya ambil ini, tidak akan melibatkan kontrak selama 2 tahun, dan apa yang perlu saya buat ialah cuma membayar RM150.00 sebagai charge permulaan.
Setelah hampir 1 tahun setengah, saya berpindah ke Subang dan berhasrat untuk membawa sekali astro saya. Namun setelah pemasangan dibuat, tiada siaran yang saya dapat dan saya menghubungi pihak astro mengenai masalah yang saya hadapi. Selepas tidak dapat menyelesaikan masalah saya, saya memberitahu, kalau tiada siaran, baik tutup sahaja akaun saya.
Namun bulan lepas (saya tidak pasti tarikh tepat, June 2009)pihak astro menghubungi saya mengenai bayaran tertunggak. Saya hairan, kenapa dia meminta saya bayaran sedangkan saya tidak lagi mendapat siaran astro selama 2 bulan dan saya telah kata padanya yang saya telah memutuskan perkhidmatan astro.
Selepas itu saya anggap perkara itu telah selesai. Tetapi pada hari ini 3 july 2009, saya mendapat panggillan lagi dari astro (03-74941666) yang saya ada bayaran tertunggak. Saya bertambah hairan. Kenapa mereka tidak kemaskini permintaan saya untuk menutup akaun saya? Kalau saya tidak bayar 2 bulan dan siaran pun saya tidak dapat, buat apa saya perlu bayar? pegawai berkenaan memberitahu bahawa saya hanya perlu mengposkan smart card untuk menutup akaun saya dan menghubungi 1300 82 3838, dan terus saya hubungi customer care mereka untuk menutup akaun.
Kali ini saya terperanjat kerana, pihak astro menyatakan bahwa saya mempunyai kontrak 2 tahun terhadap akaun saya. Terbukti nyata bahawa, apa yang selama ini saya dengar dari pelbagai forum, bincang kedai kopi dan maklumat dari rakan adalah benar, bahawa pihak astro banyak bermain kata-kata manis dan berbohong kepada bakal pelanggannya yang mana pakej yang dilanggan tidak mempunyai kontrak. Ia terjadi sendiri kepada saya.
Apa yang lebih menarik ialah maklumat yang diberi juga bercanggah sama sekali antara kakitangan mereka. sebagai contoh, pihak pegawai di talian 0374941666 berkata saya hanya perlu mengposkan smart kad dan menelefon customer care untuk tujuan pemotongan sahaja.
Akan tetapi bila saya menghubungi customer care care menyatakan BAHAWA MEREKA TIDAK BOLEH MEMOTONG PERKHIMATAN SAYA DAN SAYA PERLU PERGI KE PEJABAT MEREKA DI CHERAS DENGAN MEMBAWA DISHES DAN DMT BERSAMA SERTA MEMBAYAR PENALTI SEBAB KONTREK KURANG DARI 2 TAHUN DAN JUGA MENJELASKAN BAYARAN BULANAN TERTUNGGAK.
Bukankah asto merupakan syarikat yang hebat, dengan pelbagai terknologi termaju ada padanya. malah mempunyai satelit sendiri. Perkara yang sangat mudah untuk difahami – Jika pelanggan tidak membayar langganan, semudah klik di komputer, mereka boleh batalkan perkhimatan saya…dan jika saya perlu memulangkan segala peralatannya, pasti saya akan pulangkan kerana tiada guna lagi peralatan tersebut untuk saya.
Saya berharap, pihak astro JANGAN LAGI MENJUAL JANJI PALSU DAN JANGAN LAGI BERBOHONG KEPADA BAKAL PELANGGAN. RAMAI TELAH TERTIPU. Saya ingin bertanya kepada astro, ADAKAH ASTRO AKAN MEMULANGKAN WANG KEPADA PELANGGAN BILAMANA TIADA SIARAN KETIKA HUJAN ATAU KEROSAKAN TEKNIKAL YANG MEREKA HADAPI SEDANGKAN PELANGGAN MEMBAYAR SECARA BULANAN KEPADA ASTRO? Tidak perlu berbohong untuk menjadi kaya. Tidak perlu perjanjian kontrak yang mana menjerat pengguna. tidak perlu tipu daya untuk mendapat keuntungan maksima. Secara jujur, walaupun jikamana saya terpaksa juga membayar semua penipuan dari astro, JANJI SAYA SAYA TIDAK AKAN HALALKAN WANG TERSEBUT DUNIA DAN AKHIRAT.
Astro “MAKING YOURLIFE HORRIBLE”
Mi, ko buat aduan kt SKMM la..ko tak bagitau kt abg ko ke? byk dah org complaint dgn service astro ni..aku rasa diorang ni ajar officer diorang utk menipu pelanggan kot…