Sebenarnya, empat minggu yang lalu, saya telah menerima berita tentang uzurnya kawan lama saya ini melalui sms oleh kawan saya juga. Oleh kerana, keadaan saya yang pada 3,4 minggu lepas tersangatlah sukar untuk mencari masa senggang, maka saya telah menanam hajat untuk menziarah rakan lama saya ini di Alor Star dalam minggu ini, yea-malam ini perancangan bertolak ke Alor Star. Telah saya kabarkan pada Kimi tentang rancangan saya untuk naik ke utara, untuk barangkali bertemu muka untuk kali terakhir dengan beliau.
Dalam sms tersebut, adalah seperti begini.
“A’kum, rakan lama kita Pak Abu, sedang nazak kerana barah hati. Jangka masa hidup maksima sekitar 9 bulan lagi” .
Maka sejak itu terpasanglah hajat saya untuk menziarah beliau. Namun hajat tinggal hajat kerana beliau telah pergi meninggalkan kami semua sekitar jam 0902 Jumaat 11 June 2009. Semoga rohnya dicucuri RahmatNya. Wasalam
p/s : Buat Pak Abu, saya halalkan segala makan minum kamu sepanjang persahabatan kita, dan saya ampunkan apa juga dosa antara kita bersama.
Al-Fatihah