Yang kembang, pasti akan kuncup, yang berdiri pasti akan duduk, jika hujan, pasti akan berhenti, yang bermula bermula, pasti akan berakhir dan yang hidup, pasti akan mati. Begitu lah kisah hidup manusia.
Selasa lepas 26 Mei 2009 jam 1630, selepas saya mencabut gigi dan scalling di Bangi, saya menerima berita kematian makcik saya – Allahyarhamah Siti Mariam kerana mengalami barah perut, dan dalam keadaan berbius dan gusi masih berdarah, saya bergegas pulang ke rumah arwah. Alhamdulliah, sempat saya menjengok arwah buat kali terakhir. Buat pakcik saya, Pakcik Abas bin Saat dan seluruh keluarga, moga tabah menghadapi dugaan.
Kepada sahabat saya, AM, harap tabah atas pemergian Tok Wan nya yang tercinta pada Khamis 28 Mei 2009 jam 2001 di Kangar Perlis. Kami mendoakan rohnya dicucuri rahmat. Amin
Al-Fatihah